ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Shahrul Samsudin berkata KDA FC telah selesaikan tunggakan gaji kesemua pemain, pegawai pasukan Liga Super, KDA FC B, KDA FC C, KDA FC D, serta staf pentadbiran kelab itu semalam.
"Pihak pengurusan telah berjaya mengatasi masalah tunggakan yang membelenggu kelab sejak hujung tahun lepas, dengan daya dan usaha semua pihak terutamanya pemilik majoriti KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, yang tidak putus-putus mencipta ruang dan peluang serta mencari penyelesaian terbaik untuk kelab.
"Dengan selesainya isu tunggakan gaji tahun kewangan 2023 sebelum tarikh akhir yang diputuskan oleh First Instance Body (FIB) iaitu pada 20 April ini, bermakna KDA FC telah memenuhi syarat dan berjaya mengekalkan lesen," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shahrul berkata pihaknya positif dengan perkembangan situasi terkini dan KDA FC akan menumpukan pelaksanaan hala tuju yang telah dirancang untuk musim 2024/2025, serta musim-musim yang mendatang dengan lebih tersusun, efektif dan jitu.
"Bagi musim 2024/2025, KDA FC akan memulakan saingan dalam kejohanan tempatan dengan pasukan KDA FC C bertanding dalam Piala Presiden pada 21 April, diikuti KDA FC D pada 4 Mei untuk saingan Piala Belia, manakala pasukan Liga Super akan beraksi pada 11 Mei ini menentang PDRM FC.
"Jadi, kita berharap semua pihak dapat terus memberi sokongan dan sumbangan berterusan, bagi membolehkan kelangsungan legasi bola sepak Kedah yang sudah menjangkau usia 100 tahun pada tahun ini," katanya.
Beliau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong setia dan peminat Sang Kenari, yang mengambil peluang untuk menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha yang telah dilancarkan oleh pihak pengurusan KDA FC.
Sebelum ini, badan bebas FIB dilapor berkata jika KDA FC gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikannya pada jam 5 petang 20 April ini, Lesen Kebangsaan kelab itu boleh ditarik balik dan ia tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super 2024/2025.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Shahrul berkata KDA FC telah selesaikan tunggakan gaji kesemua pemain, pegawai pasukan Liga Super, KDA FC B, KDA FC C, KDA FC D, serta staf pentadbiran kelab itu semalam. - Gambar Bernama
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Keputusan itu bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
Sabah mahu sekat Selangor, KL City mahu terus menang
Bojan Hodak sudah tentu mahu meneruskan momentum KL City selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.
Liga Super: Kedah dibaham JDT 6-0, Selangor benam Kelantan 3-0
Kedah Darul Aman FC dibaham Johor Darul Ta'zim yang berpesta gol 6-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri.
Liga Super: KDA tiada masalah atasi Kuching City
Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya menjinakkan Kuching City FC 3-0 pada aksi kelima Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Kelantan United gagal sekat Kedah kutip tiga mata penuh
Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 2-3 kepada KDA FC dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kad merah jejaskan peluang Kedah raih mata di laman sendiri - Victor Andrag
Sang Kenari gagal menterjemah permainan terbaik dalam kekalahan mengejut 1-0 ke atas PDRM FC.
Piala AFC: Kedah hidupkan peluang lepasi saingan kumpulan
Kedah Darul Aman (KDA) FC merakam kemenangan bergaya selepas mengatasi kelab dari Filipina Kaya FC-Iloilo 4-1 untuk menyalakan peluang mara ke pusingan kalah mati saingan Piala AFC 2022 malam ini.
Selangor padam rekod tanpa kalah Kedah
Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke kedudukan ketiga dan berkongsi sembilan mata dengan Sabah FC.
Liga Super: JDT hanya perlu tiga mata dari tiga perlawanan
Skuad Harimau Selatan itu boleh dikatakan sudah sebelah tangan di trofi Liga Super 2021, apabila berjaya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi